" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih
daripada 90% bahan keras dalam tulang
dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan
tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas
saraf, dan kontraksi otot. Peranan
penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "
Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan
1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg
bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk
memperolehi jumlah kalsium ini menerusi
diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi
sebenarnya, pengambilan purata bagi
wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.