Wednesday, 3 April 2013

Adakah KALSIUM dalam badan kita mencukupi?


" Kalsium adalah mineral yang terbanyak  terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam  tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk  pembentukan dan  bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk  pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot.  Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "
Berapa banyak kalsium diperlukan??  Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan  1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu"  serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini  menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu  dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi  wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab  utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.



No comments:

Post a Comment